|
|
 |
Monday, September 03, 2007
Salam semua..... aku baru aje buat satu blog baru untuk aku meluaskan lagi pengalaman aku dalam hal-hal mengenai blog. Korang bleh la layari http://kipp3k.wordpress.com untuk blog baru aku. Thanks...
© Ditulis pada jam 07:22 pm oleh kipp™
(Lihat Komen)
Wednesday, August 29, 2007
Tajuk ni tak ada kena-mengena dengan penghinaan, budaya kuning, lucah, apatah lagi politik negara.Tapi ianya hanya satu tulisan berbentuk nasihat, amaran dan juga peringatan kepada mereka yang terasa dan merasa. Bukan maksud nak mengutuk, dah letih dah nak kutuk sebenarnya, tapi kali ni untuk membincangkan dengan lebih kritis kenapa kebanyakan wanita @ perempuan yang berbadan besar (atau lebih senang dan sakit hati bila sebut GEMUK) mengenakan pakaian ketat. Dah tak daya nak tengok (dan memang tak nak tengok pun) bila ada "sparetyre" kat bahagian perut tu bergegar-gegar. Yang dua kat atas tu toksah nak cakap la... sendiri mau ingat la. Tak malu ke? "Malu itu separuh daripada IMAN", dah hilang iman ke?. Tapi bila dipikirkan sebenarnya agak sedih. Media sering mengajar mereka untuk pakai pakaian macam tu untuk mendapatkan keyakinan diri kononya. Walaupun benar dari segi psychology, tapi tak benar dari segi agama. Yang mana nak ikut, ikut kata-kata manusia, atau kata-kata Allah. Kanapa cara itu?, dah tak ada cara lain untuk nampak cantik atau berkeyakinan?. Kalau ada sapa-sapa yang baca ni, cuba la bawak otak tu berfikir apa yang kita buat tu baik atau buruk, tak pun cantik atau tak cantik. Renung-renungkaaannnn....
© Ditulis pada jam 04:16 pm oleh kipp™
(Lihat Komen)
Sunday, August 26, 2007
Lama sangat menyepi tak menjeguk blog aku yang aku sendiri pun tak tau nak kategorikan dengan apa. Tapi Insyaallah, dengan adanya beberapa teknologi yang aku baru dapat ni, maka aku akan mula mengaktifkan diri aku semula ke lapangan penulisan seperti ini.
Bila bincang pasal bloggers, tak ramai yang suka dengan mereka. Terutama dari mereka yang berhaluan "biru". Tak tau kenapa... Mungkin kerana "Mata pena lebih tajam dari mata pedang" yang dah diubah kepada "Hujung jari lebih tajam dari mata pedang!".... itu yang sebenarnya.
Memang tak dinafikan bahawa ada bloggers yang memperkatakan tentang politik di negara ni. Baik yang memperkatakan yang positif mahupun negatif. Dalam dunia maya ini semua mahu "bebas" dan "merdeka". Tak perlu ada sekatan, tak perlu ada halangan... yang perlu hanya tulisan dan gambaran. Mana yang betul kita ambil, dan mana yang salah kita lempar jauh-jauh.
Apa yang nak ditakutkan.... kalau salah kata mereka jangan dilayan.. tapi kalau betul kata mereka jangan pula melatah, nanti nampak sangat yang kita ni salah.... Tapi masakan pokok bergoyang kalau tiada anginya... betul tak? Tak jadi maka tak cakap, tak cakap maka tak jadi lah dia. So, why need to worry?..... lets it go...
Kalau nak mempersoalkan tentang kebebasan menulis oleh bloggers di negara ini, nasihat aku, selesaikan dulu perkara-perkara wajib macam perkara-perkara yang merosakkan akhlak, pornografi, dadah, rasuah, kronisme dll. Ok... sekian untuk intoduction kali ini...
Wassalam...
© Ditulis pada jam 12:26 am oleh kipp™
(Lihat Komen)
Friday, June 01, 2007
Masa sekolah rendah dulu, Ustaz ada mengajar kat kitorang satu kelas pasal Fadhu Kifayah, katanya "Kalau disebuah kampung tak ada seorang doktor yang beragama Islam, maka seluruh penduduk di situ menanggung dosa, baik yang Warak hingga yang perosak". Dan ilmu tu aku bawa sampai sekarang.
Adala satu tempat kat Malaysia ni, boleh dikatakan 90% penduduknya adalah Melayu yang beragama Islam, 10% aje yang dari kaum lain-lain termasuk pekerja asing kecuali bangsa Cina memang tak ada kat situ. Tapi yang peliknya ada terpacul sebijik kedai runcit Cina kat situ?. Dah berkurun kedai tu beroperasi dan mengaut keuntungan gila-gila + harga barang kat situ bukan main tinggi tak hingat.
Dan yang jadi lagi pelik, penduduk kat situ langsung tak ada inisiatif untuk buka satu kedai runcit milik orang Islam padahal kalo ikutnya dorang dah menanggung dosa bertahun-tahun. Tak belajar agama ke apa dorang ni?
Maka dengan rezeki Allah, terbukalah sabuah kedai runcit milik orang Islam kat situ. Tapi pemiliknya bukan orang kat situ, tapi orang luar. Orang kat situ buat apa?... main "telur"?.Kedai beroperasi dengan baik dari penduduk kat situ, especially dari orang Bangla. Penduduk kat situ adala yang jugak, tapi tak ramai la.
Kebanyakan ramai yang terhegeh-hegeh pergi ke kedai Cina yang mahal dari kedai Melayu yang murah. Siap kutuk-kutuk lagi. Emmm.... teringat satu kata-kata dari seorang peniaga Melayu kat negeri tu: "Cina jual mahal lu beli, Melayu jual mahal lu buat apa?
Tapi apa boleh buat, nak cakap pun dah penat, sebab kepala otak dorang dah tersumbat, tak sedar hari nak kiamat, tapi nak juga penuhkan dosa kasi muat.
© Ditulis pada jam 11:12 pm oleh kipp™
(Lihat Komen)
Thursday, May 17, 2007
"Mintak hutang bleh tak, bulan depan bayar... bleh?", tanya seorang pelanggan, "Bang.. tak dapat la nak bagi hutang, kitorang baru bukak kedai ni... duit rolling pun tak cukup, nanti takut tak dapat rolling duit, kalo bayar esok lusa mungkin bleh bagi", jawab seorang tokey kedai, "Ye laaa... dah Melayu tak nak tolong Melayu, cam tu laaa... pergi kedai orang Cina la camni!".
Satu drama yang tak bersiri dalam kehidupan seharian. Dah la nak mintak hutang, pastu bila tak dapat nak bagi, bising satu kampung kata "Melayu tak nak tolong Melayu".... Camni nak tolong Melayu ke?... Sapa yang tak tolong sapa dalam hal ni....
Tapi kebiasaan orang camtu la, hari ni bagi hutang, esok lusa tulat minggu depan tak tentu dapat bayar lagi, tapi masa cakap bersungguh, tapi bila nak suruh bayar, dia mintak tangguh dan terus tangguh. Dan tokey pulak tunggu penghutang bayar hutang, tapi tunggu punya tunggu, last-last jadi penunggu... sebab terpaksa kacau rumah penghutang mintak duit.... pastu kes serius kena tuduh pengacau rumah tangga, lagi teruk pulak kena tuduh merompak rumah pengutang....
© Ditulis pada jam 11:09 pm oleh kipp™
(Lihat Komen)
Saturday, May 12, 2007
PTPTN, MARA, BANK RAKYAT, Kad Kredit dan lain-lain lagi memang sinonim dengan hutang. Nak belajar tak dapat biasiswa, jadi kena hutang. Nak belanja harian makan, minum, pakaian anak bini tak cukup gaji, jadi kena buat kad kredit. Nak kawen, tapi tak cukup duit, jadi buat "personal loan". Nak pakai kereta, tapi tak mampu nak bayar "cash", jadi kena amik loan gak. Nak jadi usahawan pun susah kalo modal tak de, jadinya buat bank loan. Semuanya jadi, dan jadi...
Kalo yang makan gaji, nak bayar loan potong gaji... kira ok la sebab dah bulan-bulan dah tahu dapat berapa. Tapi yang kerja sendiri ni?... ermmm... ntah nak cakap camne?. Nak tak nak hutang keliling pinggang, tapi bisnes tak tentu kencang... ntah-ntah untung besar, ntah-ntah lingkup. Pastu kena kejar dengan bank, kereta kena tarik, rumah kena lelong, permis kena sita..... HARUUUU... Tu tak campur yang pinjam ngan sendikit "Ah Long".
Tapi bak kata orang-orang bisnes kepada orang-orang yang bakal jadi orang bisness, "High Risks, High Profits".... maknanya kena la pandai kawal keluar masuk duit. Kalo tak nanti otak sakit, jiwa tertekan, badan meranaaa....
p/s: entry untuk memotivasikan diri sendiri...
© Ditulis pada jam 10:58 pm oleh kipp™
(Lihat Komen)
Thursday, April 12, 2007
Semenjak aku sibuk ni, tak sempat nak tengok suratkhabar (walaupun aku bukan suka sangat baca suratkhabar), tapi kekadang tu, nak tau gak citer dalam dan luar negara. Pasa Ijok pun dah habis. BN menang, PKR kalah... tapi memang dah agak dah keputusannya macam tu. Tak heran pun.
Berbalik pasal suratkhabar ni tadi, aku yang dah lama tak baca apatah lagi nak membelinya tetiba tergerak hati nak baca. Tapi aku bukan beli, tapi baca suratkhabar yang lama.... berita yang dah lepas-lepas. Tapi tak de hal lah....
Dalam dok-dok baca tu, terbacalah satu kolum dalam Utusan Malaysia yang bertajuk "Zainuddin bantah BBC tonjol pemimpin ditolak rakyat". Bila cakap pasal mamat ni, aku malas nak baca, tapi sekali lagi tergerak hati nak baca gak... okeylah.. aku baca...
Secara rumusan pasal kolum ni, aku rasa macam "hampeh" la pulak bila membacanya. Ntah la. Zainuddin marah kat BBC sebab temuramah pembangkang, bukan kerajaan. Nape? Tak boleh ke temuramah pembangkang? ataupun memang ada undang-undang khas untuk BBC temuramah pembangkang?.... haaaaa aku tau, BBC tak dapat permit nak temuramah pembangkang, tu la pasal Zainuddin marah tuuu..... mauahahahhahahahahahaha...
Lepas tu lagi, dalam artikel tu jugak cakap yang Zainuddin siap bagi "offer" pada BBC untuk membeli satu program khusus untuk kanak-kanak untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dari BBC untuk RTM. RTM!!!!... kanak-kanak semua, sapa kat sini tengok RTM angkat tangan!!! emmm.. satu, duaaaaa..... dua aje.... yang lain tengok apa?.... ooooo... Astrooo.... channel kartunn..... Tengok kartun Bahasa Inggeris pun boleh belajar Inggeris.
Dan di akhir artikel tu lagi, Zainuddin nak beli filem-filem dari Britain sebab katanya filem Britain lebih sopan dari filem U.S.... haaaaaaaaaaa????? errr... filem melayu yang sopan dah abis ker?.... ataupun filem Melayu lebih teruk dari filem Britain?.... Macam mana nak majukan industri filem Malaysia kalo dah amik filem luar negara?.... PANDIRRRRR....
© Ditulis pada jam 10:54 pm oleh kipp™
(Lihat Komen)
|